Kes saman PM terhadap Awang Solahuddin selesai secara baik

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Ahli Parlimen Pendang, Datuk Awang Solahuddin Hashim.

KUALA LUMPUR, 23 Sept – Kes saman fitnah difailkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Ahli Parlimen Pendang Datuk Awang Solahuddin Hashim, diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi di sini hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Peguam Datuk SN Nair memaklumkan kepada Hakim Roslan Mat Nor bahawa kes diselesaikan dengan terma yang dipersetujui pihak.
  • Plaintif menarik balik tindakan guaman tanpa perintah mengenai kos dan tanpa kebebasan memfailkan semula.
  • Kedua-dua pihak melampirkan kenyataan awam yang telah dipersetujui bersama dengan usul persetujuan.
  • Peguam Yusfarizal Yussoff mengesahkan perkara itu bagi pihak Awang Solahuddin.

Peguam Datuk SN Nair yang mewakili Anwar selaku plaintif, memaklumkan kepada Hakim Roslan Mat Nor bahawa kes itu telah diselesaikan dengan persetujuan pihak-pihak terhadap terma yang dipersetujui.

“Kedua-dua pihak ingin merekodkan terma-terma yang dipersetujui. Sehubungan dengan itu, plaintif menarik balik tindakan guaman ini tanpa perintah mengenai kos dan tanpa kebebasan untuk memfailkan semula.

“Kedua-dua pihak melampirkan satu salinan kenyataan awam yang telah dipersetujui bersama dengan usul persetujuan ini. Kami mengucapkan terima kasih kepada mahkamah dan rakan-rakan bijaksana. Saya mohon mahkamah melapangkan tarikh perbicaraan yang telah ditetapkan,” kata peguam itu.

Sementara itu, peguam Yusfarizal Yussoff yang mewakili Awang Solahuddin mengesahkan perkara tersebut. – BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.