fb fb fb fb fb

Jururawat direman seminggu bantu siasatan kematian bayi

Foto Hiasan

KOTA BHARU, 11 September- Seorang jururawat di sebuah pusat jagaan berpantang di sini direman tujuh hari bagi membantu siasatan berkaitan kes pengabaian sehingga menyebabkan kematian seorang bayi berusia sebulan, semalam.

Perintah reman hingga Selasa depan terhadap wanita berusia lingkungan 20-an itu dikeluarkan oleh Majistret Rais Imran Hamid bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 31(1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Bharu ACP Mohd Rosdi Daud mengesahkan pihaknya menerima laporan berhubung kes itu dan menahan wanita terbabit pada pukul 6.00 petang.

Beliau berkata hasil siasatan mendapati kejadian berlaku kira-kira pada pukul 5.30 pagi selepas bayi berkenaan tidak sedarkan diri setelah diberikan susu oleh jururawat yang ditugaskan menjaganya.

Mangsa kemudian dibawa ke sebuah hospital swasta sebelum disahkan meninggal dunia.- BERNAMA

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM