Monday, 16 May 2022

RTM teruskan pengisian menarik sempena ulang tahun ke-75

 

KUALA LUMPUR, 4 April - Sambutan ulang tahun RTM Ke-75 diteruskan dengan pelbagai acara menarik.

Di Johor, "Konsert Rock Sampai Bila-Bila" anjuran Johorfm malam tadi berlangsung meriah dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kerajaan.

Konsert selama dua jam itu yang turut disiarkan menerusi facebook Johorfm diadakan di Auditorium Permata Sari, Kompleks Penerangan dan Penyiaran Sultan Iskandar, Johor Bahru.

Konsert yang diiringi Kombo Johorfm dimulakan dengan persembahan daripada Ayai Ilusi menerusi lagu Hakikat Sebuah Cinta.

Ia disusuli penyanyi-penyanyi lain seperti Rahmad Mega, Ali Terrarossa, Royce Saa’yan dan Bandi Amuk.

Bagi mengelak penularan COVID-19 konsert dilaksanakan tanpa kehadiran penonton.

Tidak ketinggalan Selangorfm juga turut mengadakan mini Showcase Evolusi di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam sempena sambutan ulang tahun RTM ke-75, semalam.

Ia dibawakan secara langsung menerusi Radio dan laman Facebook Selangorfm.

Showcase tersebut diserikan dengan persembahan artis popular tanah air antaranya Lan Solo, Fauziah Latiff, Apak Harry, Iman Troye dan Azarra Band.

Artis tanah air yang terlibat turut berharap RTM terus unggul sebagai medium penyalur maklumat dan hiburan kepada masyarakat.

Turut memeriahkan mini showcase, Pengarah Penyiaran Selangor, Syazariah Majidi dan wakil UiTM, Mahathir Ahmad.

  • Written by Media Baharu
  • Category: Hiburan
  • Hits: 422