KUALA LUMPUR, 19 April- KUALA LUMPUR, 19 April- Radio Televisyen Malaysia (RTM) muncul dengan sajian drama bersiri terbaharu berjudul ‘Lelaki Untuk Dicintai’; memulakan tayangan pada 12 April lalu.
Drama yang diadaptasi daripada novel tulisan karya Aunie Ayunie itu mengisi slot Widuri di TV1 bersiaran setiap Jumaat hingga Ahad, pukul 6.45 petang, juga boleh diikuti menerusi RTMKlik (rtmklik.rtm.gov.my)
‘Lelaki Untuk Dicintai’ menampilkan pelakon Ikhram Juhari sebagai Bujang, Hanna Halim watak Hawa dan turut dibantu Cinta Aiyuni (Diana), Rashidah Jaafar, Chiwan Chilok, Jimy Aziz, Wan Gegau dan Ifa Lyana.
Drama bersiri mengisahkan tentang Bujang, seorang penjual hasil laut yang menjaga ibunya selepas kematian ayah. Konflik bermula apabila ibunya mahu mencari jodoh untuk Bujang, namun ada sahaja yang tidak kena dengan gadis pilihan ibunya atau sikap Bujang sendiri.
Akhirnya Bujang bertemu jodoh, meskipun bakal isterinya itu, berusaha menolak lamaran ibu Bujang.
Bagaimana mereka menempuh pelbagai dugaan dalam berumah tangga dengan kehadiran orang ketiga dan mampukan Bujang hidup bahagai bersama isterinya.
Ikuti kesudahan ‘Lelaki Untuk Dicintai’ di TV1 atau menerusi RTMKlik.