Isu rakyat kekal keutamaan jika diberi mandat – Calon PH DUN Pilah

Foto Facebook Noor Zunita Mohd Ibrahim

KUALA PILAH, 25 Julai – Isu rakyat kekal menjadi keutamaan Calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah, Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim sekiranya diberi mandat sekali lagi untuk mewakili kawasan itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

RINGKASAN BERITA AI
  • Utamakan kebajikan Generasi Z, aspek pendidikan dan kesejahteraan warga emas supaya semua kelompok menerima manfaat pembangunan.
  • Laksanakan pembangunan Kuala Pilah secara seimbang dengan mengambil kira keperluan masyarakat tanpa mengabaikan tradisi kampung.
  • Adakan program seperti Walkabout bersama Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri untuk mendekatkan pemimpin dan rakyat.

Menurut beliau, antara perkara yang akan diberi perhatian adalah kebajikan golongan Generasi Z, aspek pendidikan serta kesejahteraan warga emas bagi memastikan setiap kelompok masyarakat di kawasan berkenaan menerima manfaat daripada agenda pembangunan yang dirancang.

Menurutnya pembangunan di Kuala Pilah perlu dilaksanakan secara seimbang dengan mengambil kira keperluan masyarakat tanpa mengabaikan tradisi mereka.

“Kuala Pilah ini luar bandar, masih di pekan dan ada kawasan kampung tradisi yang perlu kita jaga.

“Di situlah akan kita selaraskan kehidupan di pekan, bandar, dan tradisi kampung yang seiring dengan pembangunan di Kuala Pilah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Program Walkabout Pekan Kuala Pilah bersama Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di sini, hari ini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.