PRN NS: Nilai pencapaian kerajaan berdasarkan fakta, bukan retorik politik

Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz / Foto RTM

KUALA PILAH, 25 Julai – Pengundi diseru untuk menilai kestabilan dan pencapaian sesebuah kerajaan negeri berdasarkan fakta serta angka ekonomi yang jelas, bukannya terpengaruh dengan retorik politik, ujar Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pengundi diseru menilai kestabilan dan pencapaian kerajaan negeri berdasarkan fakta dan angka ekonomi, bukan retorik politik.
  • Kerajaan Negeri Sembilan di bawah Aminuddin Harun sejak 2018 menunjukkan pertumbuhan ekonomi positif memberi manfaat kepada rakyat.
  • Pelaburan negeri meningkat dan rizab negeri kukuh, menunjukkan pengurusan fiskal yang memberi keyakinan kepada pelabur dan rakyat.
  • Pengundi diharap terus memberi peluang kepada kepimpinan sedia ada untuk meneruskan dan meningkatkan pembangunan bermula sejak 2018.

Beliau mengambil contoh pentadbiran di Negeri Sembilan yang diterajui oleh Datuk Seri Aminuddin Harun sejak 2018, menunjukkan pertumbuhan ekonomi positif sekali gus memberi manfaat kepada rakyat.

“Sebagai contoh di Negeri Sembilan, dari segi pertumbuhan ekonomi, pelaburan pun dah mencecah RM19 bilion, rizab negeri pun dah lebih RM1 bilion.

“Jadi saya harap pengundi terus berikan peluang kepada Tok Min (Datuk Seri Aminuddin Harun), untuk memerintah kerajaan negeri supaya apa yang telah dibina sejak 2018 ini dapat kita tingkatkan lagi,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan Program Walkabout Pekan Kuala Pilah bersama calon Pakatan Harapan (PH) bagi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pilah, Datuk Noorzunita Begum Mohd Ibrahim, di sini.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.