Negara luar nyatakan hasrat kerjasama halal dengan Malaysia

Datuk Seri Anwar Ibrahim/ BERNAMA

PERMATANG PAUH, 25 Julai – Semakin banyak negara luar menyatakan hasrat untuk memperluas kerjasama strategik dengan Malaysia dalam pembangunan industri halal sekali gus mengorak langkah memperkukuh ekosistem itu di peringkat global.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerjasama dicadangkan dengan Vietnam, China, Brazil, Afrika Selatan, Peru dan Ethiopia.
  • Tumpuan khusus kepada pensijilan serta pembangunan industri halal.
  • Pemimpin negara mengiktiraf pencapaian Malaysia dan menyatakan hasrat bekerjasama.
  • Pengumuman dibuat semasa Perasmian PIHEX dan Himpunan Usahawan di Politeknik Seberang Perai; turut hadir Fahmi Fadzil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerjasama itu membabitkan Vietnam, China, Brazil, Afrika Selatan, Peru dan Ethiopia, dengan tumpuan khusus kepada aspek pensijilan serta pembangunan industri halal.

“Kalau dahulu, halal hanya dikaitkan dengan makanan tertentu. Namun sekarang, hampir setiap kali saya mengadakan lawatan ke luar negara, pemimpin negara berkenaan, sama ada presiden mahupun perdana menteri, menyatakan kepada saya berkenaan kolaborasi industri halal dengan Malaysia.

“Presiden Vietnam, Presiden China, Presiden Brazil, Presiden Afrika Selatan dan pemimpin negara lain, tanpa terkecuali, mengakui Malaysia mencatat prestasi yang baik dalam industri halal.

“Mereka juga menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan Malaysia, khususnya bagi mendapatkan pensijilan serta pengiktirafan halal negara,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Perasmian Pameran Perdagangan Halal Antarabangsa Pulau Pinang (PIHEX) & Himpunan Usahawan Bumiputera Pulau Pinang Program
Madani kita di Politeknik Seberang Perai di sini.

Majlis berkenaan turut dihadiri, Menteri Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.