KUALA LUMPUR, 7 April - Selepas dua tahun menyepi, penyanyi Nomad, mengubati rindu peminat dengan tampil single terbaharu berjudul Mengejar Cinta.
Pemilik nama Nur Mohd Alieff Ayub itu menyifatkan ia bukan sebuah karya biasa sebaliknya menguji kemampuannya sebagai penyanyi dan komposer lagu tersebut.
"Bagi saya, karya ini merupakan karya yang paling matang dari segi penulisan lirik, pemikiran dan ideologi untuk sesutu cerita itu sendiri.
"Ini adalah merupakan produk paling matang dan mempunyai makna yang sangat dalam", katanya di sini ketika ditemui media.
'Mengejar Cinta mengisahkan tentang kerinduan dan kenangan yang telah pergi buat selama-lamanya.
Single tersebut akan dilancarkan secara rasmi selepas Aidilfitri ini.