fb fb fb fb fb

Izzue Islam sambut Aidilfitri secara sederhana

Foto FB Izzue Islam

SHAH ALAM,7 April- Penyanyi, pelakon dan pengacara, Izzue Islam tampil dengan single terbaharu, Suka Sama Suka yang merupakan ciptaan gabungan komposer dan penulis lirik John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh.

Menurut Izzue, single berirama pop itu turut menjadi lagu tema untuk drama bersiri lakonannya.

"Lagu ni genre dia pop, 'fun', 'easy listening', korang boleh dengar lagu ini, memang sangat-sangat 'fun' boleh kaitkan dengan kehidupan seharian.

"Dalam masa sama, kali pertama Izzue bekerjasama dengan John Jeeves, Firdaus Rahmat dan Iqie Hugh, nama yang besar dalam industri muzik.

"Jadi Izzue sangat-sangat terharu dan teruja kerana diberi peluang menyanyikan lagu mereka untuk menjadikan OST untuk drama," katanya kepada pemberita di sini.

Berkongsi mengenai persiapan Hari Raya Aidilfitri, Izzue yang gemar membuat persiapan di saat-saat akhir memberitahu masih sama seperti tahun sebelum ini, mengambil konsep bersederhana sahaja.

"Paling utama adalah meluangkan masa bersama-sama ahli keluarga dan saudara-mara di kampung," kata Izzue.

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM