fb fb fb fb fb

Baby Shima lancar single terbaru “Bey Kelik Laa Bey” dalam dialek Kelantan

Penyanyi , Baby Shima

KUALA LUMPUR, 30 Disember – Penyanyi Baby Shima mencuri tumpuan peminat dengan pelancaran single terbarunya, “Bey Kelik Laa Bey”, yang kali pertama dirakam sepenuhnya dalam dialek Kelantan.

Idea lagu tercetus selepas peminat menyokong untukmeminta Baby Shima mencuba nyanyian loghat Kelate.

Hasilnya, lagu ini digambarkan lucu, comel, dan mudah menjadi siulan ramai.

Baby Shima mengakui terdapat beberapa ketika dia terkeluar loghat Semenanjung semasa rakaman, tetapi menurutnya, “makan budu terus kembali ke loghat Kelate asli.”

Single ini ciptaan Eddie Hamid dengan lirik hasil kerjasama Fadil Turbo, Mama Ana, Jaju dan Te Ha, dijangka menjadi “earworm” terbaru dalam industri muzik tempatan.

“Ramai orang Kelantan selalu tinggalkan komen, ‘Shima, cuba la nyanyi lagu Kelate sikit!’. Lama-kelamaan saya pun terpengaruh. Dialek Kelantan pun mempunyai keunikan tersendiri di mana, walaupun orang marah pun bunyinya tetap comel,” kongsi Baby Shima.

Untuk memastikan sebutan dialek Kelantan tepat, Baby Shima mengambil masa kira-kira seminggu untuk berlatih.

Dia juga berkongsi pengalaman lucu sepanjang sesi rakaman, termasuk detik-detik ketika loghat Semenanjung terkeluar.

Single “Bey Kelik Laa Bey” dijangka menjadi kegemaran ramai, terutamanya peminat muzik tempatan yang menghargai keunikan dialek Kelantan.

AMIRULL SHAFFIQ BIN ABDUL GHANI