fb fb fb fb fb

Iklan raya TULUS IKHLAS, arahan Aaron Aziz

YouTube Bank Rakyat

KUALA LUMPUR, 7 April- Pelakon, Datuk Aaron Aziz buat pertama kali mengarahkan iklan raya, membabitkan filem pendek Bank Rakyat bertajuk TULUS IKHLAS.

Menurut Aaron, beliau turut membintangi karya berkenaan bersama-sama Sharifah Husna Syed Mustaffa.

"Saya rasa tak jauh dengan yang pernah saya lakonkan, ia berkaitan keluarga, kebapaan dan sudah tentu bab sedih, nangis tu memanglah benda yang biasa untuk saya.

"Jadi macam mana saya nak buat ia jadi tujuh minit, ia cabaran mungkin, filem pendek lain 14 minit tapi kita ada tujuh minit," katanya kepada pemberita di sini.

Turut terlibat, dua pelakon cilik, Aaron Yusof Raj dan Adreana Jameela Raj.

 

NIZAHA BINTI ABDUL KAREM