LONDON, 17 April -Ribuan peminat penyanyi Taylor Swift dilaporkan menjadi mangsa penipuan penjualan tiket pada konsert Jelajah penyanyi berkenaan di United Kingdom (UK), kata Lloyds Bank pada Rabu.
Sekurang-kurangnya 300 mangsa dipercayai telah tertipu dengan membeli tiket palsu sejak Julai tahun lalu dengan kerugian lebih £1 juta Pound atau (RM 5,962,340), tambah bank berkenaan.
Bank berkenaan turut memaklumkan nilai kerugian yang dialami setiap mangsa adalah £332 Pound atau (RM 1,979.50). Namun, dalam sesetengah kes kerugian melebihi £1,000 atau (RM5,962.34).
Menurut Lloyds Bank, lebih daripada 90 peratus kes bermula dengan iklan palsu atau hantaran di Facebook.
Pencarian di Facebook oleh Lloyds Bank mendededahkan ratusan kumpulan secara tidak rasmi dicipta dengan keahlian seramai 10 atau 1,000 ahli terutamanya bagi mereka yang ingin membeli dan menjual tiket konsert Taylor Swift.
Facebook Marketplace, platform dagangan syarikat media sosial itu, mempunyai pelbagai senarai untuk tiket di pelbagai lokasi di seluruh negara, kata bank itu.
Penipuan biasanya membabitkan iklan palsu, siaran atau senarai di media sosial, yang menawarkan tiket pada harga diskaun, atau akses kepada acara yang telah habis dijual pada harga yang tinggi.
Mangsa diminta membayar pendahuluan untuk tiket, tetapi sebaik pembayaran dibuat, pihak terbabit telah menghilangkan diri.
Antara selebriti atau artis yang sering menjadi sasaran penipuan tiket konsert adalah seperti Beyonce, Coldplay dan pemuzik Harry Styles.
Penipuan tiket konsert di United Kingdom (UK) telah meningkat kepada 158 peratus sejak musim panas tahun lalu berbanding tempoh yang sama tahun lepas.-AFP