fb fb fb fb fb

Lupita Nyong'o dilantik sebagai Ketua Juri Festival Filem Berlin 2024

Pelakon Lupita Nyong'o /FOTO REUTERS

BERLIN, 12 Disember- Pemenang Anugerah Oscar, Lupita Nyong'o, yang membintangi filem "Black Panther" dan "12 Years A Slave" dipilih mengetuai barisan juri pada Festival Filem Berlin 2024, menurut kata penganjur festival tersebut pada Isnin.

Pelakon berdarah Mexico-Kenya itu mulai dikenali selepas memenangi Oscar menerusi peranannya sebagai hamba yang dizalimi dalam drama sejarah arahan Steve McQueen.

Nyong'o dilihat sentiasa memilih peranannya yang menerokai diaspora Afrika dan bertemakan kaum.

Terbaharu, Lupita memainkan peranan utama sebagai Nakia dalam Filem Black Panther, filem adiwira terbitan Marvel studios dan sekuel filem berkenaan pada 2021.

Selain itu, dia turut muncul di kaca televisyen dan sedang menyiapkan drama siri adaptasi berdasarkan novel tulisan penulis Nigeria , Chimamanda Ngozi Adichie' yang bertajuk 'Americanah'.

"Lupita Nyong'o merangkumi perkara yang kami sukai dalam pawagam. Dia seorang serba boleh dalam menerima projek berbeza, menangani khalayak berbeza, dan konsisten kepada satu idea," kata pengarah Berlinale Mariette Rissenbeek dan Carlo Chatrian dalam satu kenyataan.

Festival Filem Berlin dikenali kerana anugerahnya yang berprestij selain Festival Filem Cannes dan Venice di peringkat dunia.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD