Tarik potensi pelaburan lebih RM5 bilion, Johor perkukuh keyakinan pelabur

Johor destinasi pelaburan dan hab pertumbuhan baharu di rantau ini

Johor Bahru, 21 Ogos – Johor berjaya menarik potensi pelaburan bernilai lebih RM5 bilion, hasil pertemuan bersama pelabur ketika lawatan kerja kerajaan negeri ke Singapura.

RINGKASAN BERITA AI
  • Keyakinan kukuh pelabur terhadap Johor sebagai destinasi pelaburan dan hab pertumbuhan baharu di rantau ini.
  • Fokus kepada sektor strategik dan teknologi tinggi termasuk teknologi optik berkelajuan tinggi, teknologi kesihatan dan peralatan pembuatan semikonduktor.
  • Sektor tersebut memberi nilai tambah melalui pemindahan teknologi, kepakaran serta membuka peluang pekerjaan baharu di Johor.
  • Majlis Pembangunan Bakat Johor penting untuk merangka latihan dan pembangunan kemahiran mengikut keperluan sebenar industri.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi ketika memaklumkan mengenai perkembangan itu menyatakan ia mencerminkan keyakinan kukuh kepada Johor sebagai destinasi pelaburan dan hab pertumbuhan baharu di rantau ini.

“Potensi melibatkan beberapa sektor strategik dan berteknologi tinggi, termasuk teknologi optik berkelajuan tinggi, sektor teknologi kesihatan dan peralatan pembuatan semikonduktor.

“Sektor berkenaan menjadi nilai tambah dalam membawa teknologi, kepakaran dan peluang pekerjaan baharu ke Johor,”katanya.

Dalam pada itu, beliau turut menekankan pembangunan bakat melalui Majlis Pembangunan Bakat Johor penting bagi memastikan latihan serta pembangunan kemahiran dirangka berdasarkan keperluan sebenar industri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.