Polis sahkan terima dua laporan kes lelaki pijak bendera negeri

Foto hiasan

KUCHING, 21 Ogos – Polis mengesahkan menerima dua laporan berhubung kes seorang lelaki memijak bendera Negeri Sarawak di sini pada Khamis petang.

RINGKASAN BERITA AI
  • Laporan diterima di Balai Polis Sungai Maong dan Balai Polis Gita.
  • Video lima saat dimuat naik oleh pengguna TikTok dan dikongsi semula beberapa akaun media sosial.
  • Disiasat bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan: hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.
  • Disiasat juga di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia: denda hingga RM50,000 atau penjara sehingga satu tahun atau kedua-duanya.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata laporan diterima di Balai Polis Sungai Maong dan Balai Polis Gita.

“Hasil siasatan awal mendapati video berdurasi lima saat dimuat naik oleh seorang pengguna akaun TikTok dan kemudiannya dikongsi semula oleh beberapa akaun media sosial lain,” katanya menerusi kenyataan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 504 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 2 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Selain itu, kes turut disiasat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali.

Mana-mana individu yang mempunyai maklumat mengenai kejadian diminta ditampil bagi membantu siasatan dengan menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah di talian 08-2244444.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang perbuatan yang boleh mengganggu gugat keamanan atau melakukan provokasi yang boleh mencetuskan kemarahan awam.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.