Angka kematian akibat banjir di selatan China meningkat kepada 159

 Foto AFP

BEIJING, 21 Ogos – Jumlah kematian akibat banjir yang melanda selatan China Julai lalu meningkat kepada 159 orang, manakala 10 lagi masih hilang, lapor penyiar kerajaan China Central Television (CCTV) pada Jumaat.

RINGKASAN BERITA AI
  • Taufan Maysak menyebabkan hujan lebat dan banjir besar di Guangxi.
  • CCTV tidak menjelaskan sebab angka kematian terkini dan mengumumkannya kira-kira enam minggu selepas banjir.
  • Bencana menjejaskan lebih 1.65 juta penduduk di Nanning dan Guigang, Guangxi.
  • 26 kematian pada Julai dikaitkan dengan pecah empangan di Takungan Liulan, Guangxi.

Taufan Maysak menyebabkan kemusnahan di beberapa kawasan di selatan China yan membawa hujan lebat dan banjir besar ke Guangxi. Ketika itu, media kerajaan melaporkan 39 orang maut di wilayah berkenaan.

CCTV tidak memberikan penjelasan mengenai sebab angka kematian terkini itu. Ia hanya diumumkan kira-kira enam minggu selepas kejadian banjir.

Menurut laporan CCTV, bencana berkenaan menjejaskan lebih 1.65 juta penduduk di Nanning dan Guigang, Guangxi.

“Maklumat itu diperoleh hasil mesyuarat berasingan yang diadakan di Nanning dan Guigang, Guangxi bagi membincangkan usaha pemulihan dan pembinaan semula susulan bencana Taufan Maysak.

“Pada masa ini, kedua-dua kawasan telah memasuki sepenuhnya fasa pemulihan dan pembinaan semula pasca bencana,” lapor CCTV.

Daripada jumlah kematian yang dilaporkan pada Julai, 26 dikaitkan dengan kejadian empangan pecah di Takungan Liulan, Guangxi.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.