Jerebu : Sekolah di Batu Pahat ditutup sementara

Foto Fail BERNAMA

BATU PAHAT, 7 Oktober – Susulan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) sangat tidak sihat di Batu Pahat, semua sekolah di daerah itu ditutup sementara berkuat kuasa hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Matriks Pembelajaran Tahun 4 dan Ujian MUET Speaking Sesi 3 ditangguhkan serta-merta.
  • Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan mengikut kesesuaian serta ketetapan semasa.
  • Pengumuman pembukaan semula akan dibuat melalui saluran rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Johor.
  • IPU Batu Pahat dicatat 211 sangat tidak sihat, tujuh stesen lain merekod 161 hingga 175 tidak sihat.

Jabatan Pendidikan Negeri Johor menerusi kenyataan juga memaklumkan Matriks Pembelajaran Tahun 4 dan Ujian MUET Speaking Sesi 3 juga ditangguhkan serta-merta.

Penjadualan semula akan diumumkan selepas operasi institusi pendidikan kembali dibuka.

Menurut kenyataan itu, sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) juga dilaksanakan berdasarkan kesesuaian dan ketetapan semasa dengan mengambil kira faktor keselamatan, kesihatan dan kebajikan murid.

Pengumuman bagi pembukaan semula operasi institusi pendidikan di Batu Pahat akan diumumkan melalui saluran rasmi Jabatan Pendidikan Negeri Johor.

Sehingga tengah malam tadi, IPU di Batu Pahat menunjukkan bacaan 211 iaitu sangat tidak sihat, manakala tujuh lagi stesen pemantauan udara menunjukkan bacaan tidak sihat antara 161 hingga 175.

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.