Pelajar 16 tahun maut, tiga cedera kemalangan tiga motosikal

Foto orang awam

KUALA NERUS, 6 Oktober – Seorang pelajar lelaki berusia 16 tahun maut, manakala tiga lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga motosikal di Kampung Batin, Seberang Takir, petang tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Mangsa dikenal pasti sebagai Ahmad Areesy Zafreen Ahmad Azhar, dipercayai menunggang bersama adiknya yang berusia 12 tahun.
  • Kejadian berlaku apabila motosikal mangsa bergesel dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan ketika cuba memotong.
  • Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987; mayat dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah.

Mangsa, Ahmad Areesy Zafreen Ahmad Azhar, dipercayai menunggang motosikal bersama adiknya yang berusia 12 tahun dari arah Kampung Batin menuju ke Seberang Takir.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, ACP Azli Mohd Nor berkata, kejadian berlaku apabila motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan sebuah motosikal dari arah bertentangan ketika cuba memotong sebuah kenderaan.

Katanya, motosikal mangsa kemudian dilanggar sebuah lagi motosikal dari arah sama.

Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Dua mangsa, masing-masing berusia 12 dan 18 tahun, menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu, manakala seorang lagi penunggang motosikal wanita berusia 57 tahun yang cedera dibawa ke Hospital Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.