
KUALA KUBU BHARU, 10 November – Lima mangsa kejadian kepala air di Sungai Pertak, Kuala Kubu Bharu ditemukan setakat pagi ini, manakala usaha mengesan tiga lagi mangsa masih diteruskan.
- Operasi mencari dan menyelamat diteruskan dengan penglibatan 81 anggota daripada pelbagai agensi.
- Usaha pencarian dibahagikan kepada empat sektor bagi memperluas kawasan carian.
- Sektor A dan B meliputi kawasan dari Lata Jebus hingga kira-kira tiga kilometer.
- Sektor C dan D tertumpu di kawasan bawah jambatan serta empangan.
Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Datuk Seri Nor Hisham Mohammad berkata, penemuan itu menjadikan lima daripada lapan mangsa yang dilaporkan hilang berjaya ditemukan setakat ini.
Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) diteruskan dengan penglibatan 81 anggota daripada pelbagai agensi.
Operasi pencarian turut dibahagikan kepada empat sektor bagi memperluas usaha mengesan baki mangsa.
Sektor A dan B meliputi kawasan dari Lata Jebus hingga sejauh kira-kira tiga kilometer, manakala Sektor C dan D tertumpu di kawasan bawah jambatan serta empangan.