
STOCKHOLM, 7 Oktober – Polis Sweden menembak seorang lelaki bersenjata di luar Istana Diraja, tengah Stockholm pada Selasa, selepas menerima laporan mengenai seorang individu yang mengganggu ketenteraman dengan membawa senjata.
- Anggota polis melepaskan tembakan ke arah lelaki itu apabila tiba di lokasi.
- Lelaki itu terkena tembakan, dibawa ke hospital dan dilaporkan cedera parah tetapi tidak mengancam nyawa.
- Jurucakap enggan mendedahkan jenis senjata dan polis masih menjalankan operasi di lokasi.
- Akhbar Expressen melaporkan suspek menghampiri pengawal dengan pisau dan meminta supaya dirinya ditembak.
Polis memaklumkan, anggota yang tiba di lokasi melepaskan tembakan ke arah lelaki berkenaan.
Jurucakap Polis Stockholm, Susanna Rinaldo, berkata lelaki itu terkena tembakan dan dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Beliau berkata lelaki itu cedera parah, tetapi keadaannya tidak mengancam nyawa.
Rinaldo bagaimanapun enggan mendedahkan jenis senjata yang dibawa suspek, sambil memaklumkan polis masih menjalankan operasi.
Beliau turut menegaskan tiada ancaman terhadap keselamatan orang awam.
Sementara itu, akhbar Sweden, Expressen melaporkan lelaki berkenaan menghampiri pengawal istana sambil membawa pisau dan meminta supaya dirinya ditembak.-AFP