
KUALA LUMPUR, 26 November – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang membabitkan empat daerah di Johor sehingga pukul 12 tengah hari ini.
RINGKASAN BERITA AI
- Kawasan terjejas termasuk Kluang dan Mersing.
- Kota Tinggi dan Kulai turut terjejas.
- Amaran dikeluarkan apabila hujan melebihi 20 milimeter sejam sedang atau dijangka berlaku lebih satu jam.
- Amaran jangka pendek ini sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.
MetMalaysia menerusi kenyataan memaklumkan, kawasan terjejas ialah Kluang, Mersing, Kota Tinggi dan Kulai.
Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan melebihi 20 milimeter sejam sedang atau dijangka berlaku melebihi satu jam.
Amaran berkenaan merupakan amaran jangka pendek yang sah untuk tempoh tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran.