Protes sekolah di Perancis, hampir 500 ditahan

Foto AFP

PARIS, 7 Oktober – Protes besar-besaran membantah keadaan sekolah menengah yang daif di Perancis bertukar ganas di beberapa lokasi pada Selasa, menyebabkan hampir 500 individu ditahan.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelajar menyekat pintu masuk ratusan sekolah menengah membantah kemudahan uzur dan kekurangan guru.
  • Pergerakan turut disertai ibu bapa, guru dan kesatuan sekerja di Paris serta bandar lain.
  • Kementerian Dalam Negeri menganggarkan kira-kira 256,000 orang menyertai protes; penganjur kesatuan sebut sehingga 450,000.
  • Presiden Macron mengadakan mesyuarat tergempar dan dijangka bertemu pegawai kanan termasuk Laurent Nunez dan Edouard Geffray.

Keadaan itu turut mendorong Presiden Emmanuel Macron mengadakan mesyuarat tergempar bersama beberapa pegawai kanan kerajaan bagi membincangkan perkembangan berkenaan.

Protes yang bermula pada akhir September itu menyaksikan pelajar menyekat pintu masuk ratusan sekolah menengah bagi pelajar berusia 15 hingga 17 tahun, sebagai membantah keadaan kemudahan yang uzur serta kekurangan guru.

Di Paris dan beberapa bandar lain, pergerakan itu turut disertai ibu bapa, guru serta pekerja kesatuan sekerja.

Menurut Kementerian Dalam Negeri, kira-kira 256,000 orang menyertai protes di seluruh negara, manakala penganjur kesatuan sekerja menganggarkan jumlahnya mencecah 450,000 orang.

Sumber kerajaan berkata Macron dijangka bertemu pegawai kanan termasuk Menteri Dalam Negeri, Laurent Nunez dan Menteri Pendidikan, Edouard Geffray, pada Selasa susulan tercetusnya kekacauan tersebut.

Kementerian Dalam Negeri memaklumkan sekurang-kurangnya 488 individu ditahan, manakala 43 anggota pasukan keselamatan cedera dalam insiden berkenaan.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.