Serangan Israel sasar anggota polis, cetus kemarahan penduduk Gaza

Foto AFP

GAZA, 21 Ogos – Penduduk Gaza meluahkan kemarahan terhadap serangan terbaharu Israel yang menyasarkan ibu pejabat polis di tengah bandar Gaza.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sekurang-kurangnya sembilan rakyat Palestin termasuk Ketua Jabatan Polis Wanita Gaza, Fatina Abdul Jabbar al Sahhar, terbunuh.
  • Suaminya kata beliau tiada kaitan dengan kegiatan ketenteraan; tugasnya menjaga keamanan dan keselamatan awam.
  • Penduduk Gaza marah dan ragu terhadap keberkesanan gencatan senjata susulan serangan yang terus mengorbankan nyawa.
  • Kementerian Dalam Negeri yang dikendalikan Hamas anggap serangan itu sebagai pembunuhan beramai-ramai yang kejam terhadap anggota polis.

Menurut sumber Palestin, sekurang-kurangnya sembilan rakyat Palestin, termasuk seorang wanita, terbunuh dalam serangan itu.

Antara mangsa yang maut ialah Ketua Jabatan Polis Wanita Gaza, Fatina Abdul Jabbar al Sahhar.

Suami Fatina, Ismail al-Sahhar, berkata serangan itu merupakan sebahagian daripada tindakan berterusan terhadap pasukan polis, sambil menegaskan isterinya tidak mempunyai kaitan dengan kegiatan ketenteraan.

“Tugasnya adalah untuk menjaga keamanan dan keharmonian masyarakat serta memastikan keselamatan awam,” katanya.

“Mereka mendakwa gencatan senjata selama 14 hari sedang dikekalkan demi keamanan. Namun, kami terus dikejutkan setiap hari dengan serangan baharu yang mengorbankan nyawa serta pengeboman rumah penduduk dan anggota polis yang tidak berdosa”, katanya.

Serangan itu terus mencetuskan kemarahan penduduk Gaza serta keraguan terhadap keberkesanan perjanjian gencatan senjata.

“Gencatan senjata yang bagaimana anda maksudkan? Setiap hari kami seolah-olah dipermainkan. Anda membunuh 20 hingga 30 orang. Semalam, 20 orang terbunuh di pelabuhan, manakala hari ini kira-kira 15 orang, termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas, terbunuh di taman perbandaran,” kata seorang penduduk tempatan Abu Muhammad.

Sementara itu, pihak berkuasa Kementerian Dalam Negeri yang dikendalikan Hamas menyifatkan serangan berkenaan sebagai “pembunuhan beramai-ramai yang kejam” terhadap anggota polis di Gaza.-REUTERS

 

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.