Fajar Noor cipta fenomena ‘Sementara, Selamanya’ di Malaysia

Foto Universal Music Group

KUALA LUMPUR, 18 Ogos – Penyanyi Indonesia, Fajar Noor, mencipta fenomena tersendiri di Malaysia apabila lebih 600 peminat dari Malaysia dan Indonesia hadir memeriahkan Sementara, Selamanya Showcase Bersama Fajar Noor di Aloft Kuala Lumpur Sentral, baru-baru ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Sesi busking dan promosi di KL melibatkan kolaborasi istimewa dengan Syamel dan Khai Bahar, saling menyampaikan lagu popular masing-masing.
  • Persembahan showcase memaparkan lagu dari album pertama Sementara, Selamanya, penuh emosi dan cerita tentang cinta, kehilangan dan penyesalan.
  • Fajar berterima kasih kepada peminat Malaysia, memperluaskan identiti muziknya ke khalayak Nusantara dan membuktikan muziknya merentasi sempadan.

Showcase sulungnya di Malaysia itu menjadi kemuncak kunjungan Fajar yang sebelum ini mendekati peminat menerusi beberapa aktiviti promosi sekitar ibu negara, termasuk sesi busking di kawasan SOGO Kuala Lumpur dan Bukit Bintang.

Lebih menarik, sesi busking itu turut disertai penyanyi tempatan, Syamel dan Khai Bahar, yang mencetuskan momen istimewa apabila mereka saling menyampaikan lagu popular masing-masing.

Fajar dan Khai bergandingan membawakan lagu Cukup Sekali nyanyian Syamel, sebelum Syamel menyampaikan versinya untuk lagu Salah Apa Aku milik Fajar. Fajar pula membalas dengan menyanyikan Luluh, antara lagu popular Khai Bahar.

Kehadiran mereka bukan sahaja menarik perhatian orang ramai di tengah kota, malah menjadi pembuka tirai kepada sambutan hangat yang diterima Fajar pada showcase eksklusifnya.

Di hadapan lebih 600 FajarSoul, termasuk peminat dari seluruh Malaysia dan Indonesia, Fajar menghidupkan lagu-lagu daripada album sulungnya, Sementara, Selamanya, menerusi persembahan penuh emosi.

Turut hadir memeriahkan acara ialah rakan artis tempatan, Khai Bahar dan Odda.

Menurut Fajar, setiap lagu dalam album berkenaan mempunyai kisah tersendiri yang berkisar tentang cinta, kehilangan, penyesalan dan perasaan yang masih tersisa.

Album Sementara, Selamanya mengangkat tema ‘cycle of love’, iaitu perjalanan sesebuah hubungan daripada detik jatuh cinta, konflik dan kehilangan sehingga perasaan yang masih tertinggal apabila sebuah hubungan tidak benar-benar menemukan noktah.

Fajar turut menzahirkan penghargaan kepada peminat Malaysia yang terus memberikan sokongan sejak muziknya mula mendapat perhatian di negara ini.

“Aku mahu terima kasih buat teman-teman semuanya yang udah datang ke showcase Fajar pada hari Jumaat lalu untuk album pertama Fajar, Sementara, Selamanya.

“Semoga malam itu bisa kalian kenangan, kerana kalian buat kenangan yang paling indah untuk Fajar dan semua di Malaysia,” katanya.

Kunjungan tersebut menjadi satu lagi langkah penting buat Fajar dalam memperluas karya dan identitinya kepada khalayak Nusantara, selain membuktikan muziknya mampu merentasi sempadan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.