Solidariti untuk Palestin diketengahkan pada festival di Dublin

Foto Fail – AFP

DUBLIN, 7 Jun – Kepentingan solidariti terhadap rakyat Palestin menjadi antara fokus utama Festival Robert Tressell yang berlangsung di ibu negara Ireland, di sini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Festival di RDS Concert Hall menampilkan program meningkatkan kesedaran mengenai situasi kemanusiaan di Gaza dan menggalakkan sokongan berterusan.
  • Forum khas 'Stop the Game' menggesa Israel digantung daripada semua acara sukan antarabangsa dan pembatalan perlawanan melibatkan Ireland.
  • Mothers Against Genocide membuka gerai mengumpul dana melalui jualan baju, topi dan produk lain.
  • Penganjur berkata hasil jualan akan disalurkan untuk bekalan air minum bersih serta peralatan perubatan kepada penduduk Gaza yang memerlukan.

Festival bertempat di RDS Concert Hall itu menampilkan pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran mengenai situasi kemanusiaan di Gaza serta menggalakkan sokongan berterusan terhadap rakyat Palestin.

Antara pengisian utama ialah forum khas bertajuk “Stop the Game” yang menggesa Israel digantung daripada semua acara sukan antarabangsa termasuk membatalkan perlawanan melibatkan Ireland dan Israel.

Dalam pada itu, kumpulan Mothers Against Genocide turut membuka gerai bagi mengumpul dana menerusi jualan pelbagai produk termasuk baju dan topi.

Menurut penganjur, hasil jualan tersebut akan disalurkan bagi membantu menyediakan bekalan air minuman bersih serta peralatan perubatan kepada penduduk yang memerlukan di Gaza. – REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.