
ALABAMA, 3 Oktober – Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump berjanji setiap rakyat dewasa negara itu akan menerima AS$5,000 sekiranya Parti Republikan memenangi pilihan raya pertengahan penggal pada November ini.
- Janji itu bergantung kepada Republikan mengekalkan kawalan Dewan Perwakilan dan Senat.
- Trump menetapkan wang berkenaan hanya boleh dibelanjakan di Amerika Syarikat.
- Cadangan dinamakan "Trump Dividend" dan masih memerlukan kelulusan Kongres untuk dilaksanakan.
Trump membuat janji itu ketika berucap di Mobile, Alabama, dengan syarat Republikan mengekalkan kawalan terhadap Dewan Perwakilan dan Senat.
“Jika Demokrat menang, pada pandangan saya anda akan berdepan kemelesetan ekonomi seperti pada 1929, bukan masa yang baik. Jika Republikan menang, setiap seorang daripada anda akan menerima AS$5,000 dan negara kita akan mencapai kejayaan ekonomi,” katanya.
Bagaimanapun, Trump menetapkan satu syarat terhadap bayaran berkenaan.
“Anda perlu membelanjakannya di Amerika Syarikat,” tambahnya.
Cadangan yang digelar “Trump Dividend” itu sebelum ini diumumkan Trump sebagai bayaran kepada rakyat dewasa sekiranya Republikan mengekalkan kawalan terhadap kedua dua dewan Kongres.
Cadangan berkenaan masih memerlukan kelulusan Kongres untuk dilaksanakan.- AFP