
BOGOTA, 14 Ogos – Angka kematian dalam kejadian gempa bumi kuat yang melanda Colombia pada Isnin lalu terus meningkat.
- Seramai 281 orang disahkan maut dan 3,971 cedera akibat gempa.
- 44,936 keluarga terjejas akibat bencana itu.
- Kerajaan beri keutamaan kepada operasi mencari dan menyelamat untuk 379 orang masih hilang.
- Gempa 7.4 magnitud meruntuhkan pangsapuri dan merosakkan rumah, sekolah serta hospital.
Terbaharu, seramai 281 orang disahkan terbunuh, manakala 3,971 lagi cedera.
Presiden Colombia, Abelardo De La Espriella turut memaklumkan sebanyak 44,936 keluarga terjejas akibat bencana alam itu.
Menurut beliau, usaha mencari dan menyelamat sekurang-kurangnya 379 orang yang masih hilang kekal menjadi keutamaan kerajaan.
De La Espriella turut merakamkan penghargaan kepada anggota tentera, polis, pasukan penyelamat dan bomba atas usaha mereka.
Sementara itu, Ketua Pengarah Unit Pengurusan Risiko Bencana Negara Colombia, David Santiago Tamayo berkata, harapan untuk menemukan mangsa yang masih hidup semakin tipis.
Gempa bumi 7.4 magnitud yang berlaku kira-kira pukul 7.30 pagi Isnin lalu menyebabkan bangunan pangsapuri runtuh, serta merosakkan rumah, sekolah dan hospital. -REUTERS