Pakistan sahkan serangan ke Afghanistan, dakwa sasar militan

Gambar Hiasan /RTM

KABUL, 1 Oktober – Tentera Pakistan melancarkan serangan di wilayah Helmand, Afghanistan pada Khamis sehingga mengorbankan orang awam, menurut kerajaan Taliban.

RINGKASAN BERITA AI
  • Kerajaan Pakistan mengesahkan serangan, mendakwa sasar militan tetapi tidak mendedahkan lokasi.
  • Jurucakap Taliban lapor sembilan orang awam terbunuh, 11 cedera dan tiga rumah musnah, empat mangsa di Kampung Safar.
  • Hubungan tegang antara Pakistan dan Afghanistan, gencatan senjata Mac gagal hentikan serangan akibat isu keselamatan sempadan.

Islamabad mengesahkan serangan itu dengan mendakwa ia menyasar kumpulan militan, namun tidak mendedahkan lokasi khusus.

Menerusi perkongsian di X,  jurucakap Taliban, Zabihullah Mujahid berkata serangan udara itu turut melanda wilayah Kunar di timur negara berkenaan.

“Sembilan orang awam termasuk wanita dan kanak-kanak terbunuh di kedua-dua wilayah, manakala 11 lagi cedera dan tiga rumah musnah.

“Pihak berkuasa Helmand memaklumkan empat daripada mangsa yang terbunuh berada di Kampung Safar,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Penerangan Pakistan menyatakan serangan dibuat berdasarkan maklumat risikan untuk menyasar tempat persembunyian pengganas di dua lokasi.

Hubungan kedua-dua negara tegang selepas berperang pada awal tahun ini.

Walaupun gencatan senjata dicapai pada Mac, serangan masih berterusan kerana isu keselamatan sempadan belum diselesaikan. -AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.