
KUALA LUMPUR, 3 Oktober – Empat kawasan di Johor dan Sarawak merekodkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini.
- Sri Aman (152) dan Pasir Gudang (151) merekodkan bacaan IPU tertinggi, berada pada tahap tidak sihat.
- IPD Serian (126) dan Larkin (121) turut mencatat bacaan tidak sihat.
- 61 kawasan IPU sederhana, dua kawasan baik iaitu Taiping (44) dan Temerloh (42); Kota Kinabalu tiada data.
Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sri Aman di Sarawak mencatatkan bacaan tertinggi iaitu 152, diikuti Pasir Gudang, Johor (151).
Dua kawasan lagi ialah IPD Serian, Sarawak (126) dan Larkin, Johor (121).
Sementara itu, 61 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana, manakala dua kawasan berada pada tahap baik iaitu Taiping, Perak (44) dan Temerloh, Pahang (42).
Bacaan IPU bagi stesen Kota Kinabalu, Sabah pula tidak tersedia pada waktu berkenaan.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan melebihi 300 (berbahaya). – BERNAMA