Maritim Malaysia perkukuh kawalan perairan negara dengan MPMS 1

Kapal Misi Pelbagai Guna Pertama (MPMS 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang dilancarkan di Desan Shipyard, Türkiye, semalam./ Maritim Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 Oktober – Keupayaan beroperasi lebih lama di laut bakal memperkukuh kawalan dan pengawasan perairan negara menerusi Kapal Misi Pelbagai Guna Pertama (MPMS 1) milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang dilancarkan di Desan Shipyard, Türkiye, semalam.

RINGKASAN BERITA AI
  • MPMS1 direka untuk pelbagai misi: menentang pencerobohan vesel asing, menangani perikanan haram, penyeludupan, jenayah rentas sempadan dan CARILAMAT.
  • Ketua Pengarah: MPMS1 akan meningkatkan daya tahan operasi agensi dalam menangani pelbagai ancaman maritim.
  • Pembinaan MPMS1 kini capai kira-kira 85 peratus; MPMS2 capai 34.05 peratus, mendahului sasaran ditetapkan.
  • Projek memperkukuh kerjasama strategik Malaysia-Türkiye termasuk latihan, perkongsian maklumat dan eksesais bersama antara agensi berkaitan.

Keupayaan itu membolehkan penguatkuasaan dilaksanakan secara lebih berterusan, terutama di kawasan berkepentingan strategik, ketika cabaran keselamatan maritim semakin kompleks.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli Abdullah, berkata MPMS 1 akan meningkatkan daya tahan operasi agensi berkenaan dalam menangani pelbagai ancaman di perairan negara.

Katanya, kapal berkenaan direka untuk melaksanakan pelbagai misi termasuk membanteras pencerobohan vesel asing, kegiatan perikanan haram, penyeludupan dan jenayah rentas sempadan, selain operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT).

“Bagi rakyat, keupayaan ini bermakna perlindungan yang lebih berkesan terhadap sumber maritim, tindakan yang lebih menyeluruh terhadap jenayah di laut serta kesiapsiagaan yang lebih baik untuk membantu mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pelancaran MPMS 1 disempurnakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bersama Menteri Dalam Negeri Türkiye, Mustafa Çiftçi dan Menteri Industri dan Teknologi Türkiye, Mehmet Fatih Kacır./ Maritim Malaysia

Pelancaran MPMS 1 disempurnakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, bersama Menteri Dalam Negeri Türkiye, Mustafa Çiftçi dan Menteri Industri dan Teknologi Türkiye, Mehmet Fatih Kacır.

Pembinaan MPMS 1 kini mencapai kira-kira 85 peratus, mendahului jadual ditetapkan, manakala MPMS 2 mencapai 34.05 peratus berbanding sasaran 32 peratus.

MPMS 1 dijangka dibawa pulang ke Malaysia pada awal 2027 dan dirancang menyertai Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi (LIMA) 2027.

Projek berkenaan turut memperkukuh kerjasama strategik Malaysia-Türkiye dalam industri maritim, termasuk potensi kerjasama latihan, perkongsian maklumat dan eksesais bersama antara Maritim Malaysia dengan Turkish Coast Guard.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.