The Ladies 2026: 42 pemain mulakan saingan pusingan pertama

Foto RTM

SERI KEMBANGAN, 1 Oktober – Pusingan pertama Kejohanan Golf Wanita The Ladies 2026 menyaksikan 42 pemain mula beraksi seawal pukul 7.30 pagi tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Menampilkan gabungan pemain profesional dan amatur seperti Allycia Gan, Liyana Durisic, Durriyah Damian dan Kelly Tan.
  • Matlamat utama ialah melahirkan lebih ramai pemain berwibawa tempatan dan membuktikan kerjaya golf profesional terbuka untuk wanita Malaysia.
  • Diguna sebagai batu loncatan sebelum pentas antarabangsa, kejohanan 1 hingga 3 Oktober di The Mines menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM100,000.

Saingan kali ini turut menampilkan gandingan pemain profesional serta amatur seperti Allycia Gan, Liyana Durisic, Durriyah Damian dan Kelly Tan.

Menurut The Mines Resort & Golf Club, matlamat utama kejohanan tersebut adalah untuk melahirkan lebih ramai pemain berwibawa tempatan.

Kejohanan tersebut juga sebagai batu loncatan penting sebelum saingan bertaraf antarabangsa menjelang kejohanan Maybank Championship tidak lama lagi.

Penganjuran itu membawa mesej yang jelas kepada generasi muda bahawa kerjaya dalam bidang sukan golf profesional bukan mustahil untuk dicapai oleh wanita Malaysia.

Kejohanan golf wanita, The Ladies 2026 rasmi membuka tirai menerusi acara Pro-Am Diraja di The Mines Resort and Golf Club, kelmarin.

Kejohanan tersebut kembali buat kali kedua dengan menyasarkan visi menjadi antara kejohanan wanita berprestij di rantau ini, sebelum melangkah ke pentas antarabangsa.

Kejohanan yang berlangsung di Kelab Golf The Mines dari 1 hingga 3 Oktober itu menawarkan jumlah hadiah wang tunai sehingga RM100,000.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.