Sukan Asia: China sekat langkah awal skuad ragbi 7s negara

Foto Majlis Sukan Negara

KUALA LUMPUR, 1 Oktober – Skuad ragbi tujuh sebelah (7s) lelaki negara memulakan kempen Sukan Asia Aichi-Nagoya dengan kekalahan 21-33 kepada China dalam aksi Kumpulan A di Nagoya City Mizuho Park Rugby Field, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Tiga try dijaringkan oleh Muhamad Hafiezie Sudin, Amar Syamim Nor Herman dan Ammar Mohamad Zamri.
  • China jelas menguasai perlawanan, meledak 33 mata sementara skuad negara bangkit memperoleh 21 mata.
  • Skuad wanita tewas 0-43 kepada China; lawan menghasilkan tujuh try dan mendominasi sejak awal.

Malaysia bagaimanapun berjaya menghasilkan tiga try menerusi Muhamad Hafiezie Sudin, Amar Syamim Nor Herman dan Ammar Mohamad Zamri dalam perlawanan berkenaan.

China jelas menguasai permainan apabila meledak 33 mata, namun skuad negara bangkit menghasilkan 21 mata dalam perlawanan yang berlangsung selama tujuh minit setiap separuh itu.

Sementara itu, skuad wanita negara turut berdepan tugas sukar apabila tewas 0-43 kepada China dalam aksi Kumpulan E di venue sama.

China mendominasi permainan sejak awal apabila menghasilkan tujuh try untuk menamatkan perlawanan dengan kemenangan 43-0.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.