Sukan Asia: Gandingan padel lelaki negara mara ke separuh akhir

Foto FB Mohd Sumali Reduan

KUALA LUMPUR, 1 Oktober – Gandingan padel lelaki negara, Christian Chin-Aidan Yunus melangkah ke separuh akhir Sukan Asia Aichi-Nagoya selepas menewaskan pasangan Filipina, Jason Lapidus-Argil Canizares 2-1 dalam aksi suku akhir, hari ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pasangan negara bangkit selepas kehilangan set kedua, memenangi perlawanan 6-3, 3-6, 6-3 dalam masa 1 jam 47 minit.
  • Sebelum ini mereka menang 2-1 ke atas pasangan Kazakhstan Timur Khabibulin dan Yevgeniy Danilov pada pusingan kedua.
  • Mereka dijadualkan berdepan wakil Iran Amir Mohammad Jamshidi dan Farsad Shahi dalam aksi seterusnya esok.

Pasangan negara itu bangkit selepas kehilangan set kedua untuk memastikan kemenangan 6-3, 3-6, 6-3 dalam perlawanan yang berlangsung selama satu jam 47 minit.

Christian dan Aidan sebelum ini turut mencatat kemenangan 2-1 ke atas pasangan Kazakhstan, Timur Khabibulin-Yevgeniy Danilov pada pusingan kedua.

Kemenangan itu membolehkan gandingan negara meneruskan cabaran dalam aksi seterusnya yang dijadualkan esok, bertemu wakil Iran, Amir Mohammad Jamshidi dan Farsad Shahi.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.