
KUALA LUMPUR, 1 Oktober – Langkah pemanah senior negara, Dr Fatin Nurfatehah Mat Salleh terhenti di suku akhir acara compound individu wanita Sukan Asia Aichi-Nagoya selepas tewas 139-145 kepada wakil Korea Selatan, Park Jungyoon di Okazaki Chuo Sogo Park, hari ini.
- Dr Fatin menewaskan Amna Alawadhi (UAE) dalam pusingan 1/16.
- Beliau menewaskan Kanoknapus Kaewchomphu (Thailand) dalam pusingan 1/8.
- Fatin menjadi satu-satunya pemanah Malaysia mara ke suku akhir acara individu compound dan recurve.
- Malaysia gagal melepasi pusingan 1/8 dalam acara berpasukan compound dan recurve.
Dr Fatin Nurfatehah , 35, sebelum itu menewaskan pemanah Emiriah Arab Bersatu (UAE), Amna Alawadhi pada pusingan 1/16 sebelum mengatasi wakil Thailand, Kanoknapus Kaewchomphu pada pusingan 1/8 untuk melangkah ke suku akhir.
Kejayaan melangkah ke kelompok lapan terbaik menyaksikan Dr Fatin Nurfatehah menjadi satu-satunya pemanah Malaysia yang berjaya mara ke suku akhir dalam acara individu compound dan recurve.
Bagaimanapun, kekalahan kepada Park Jungyoon menyaksikan kempen Dr Fatin Nurfatehah dalam acara individu compound berakhir di peringkat lapan terbaik.
Malaysia sebelum ini turut gagal melepasi pusingan 1/8 dalam acara berpasukan compound dan recurve.