Ketegangan DMZ: Presiden Korea Selatan gesa Korea Utara kembali ke meja rundingan

Foto AFP

SEOUL, 1 Oktober — Presiden Korea Selatan, Lee Jae Myung pada Khamis menggesa Korea Utara kembali ke meja rundingan, sehari selepas pihak tentera Seoul menuntut permohonan maaf berhubung insiden letupan di Zon Bebas Tentera (DMZ).

RINGKASAN BERITA AI
  • Perutusan Hari Angkatan Tentera menyeru usaha memulihkan kepercayaan antara Korea Selatan dan Korea Utara.
  • Presiden berharap Korea Utara menyertai semula dialog yang lama terhenti.
  • Seruan itu dibuat di tengah ketegangan baharu antara kedua-dua belah pihak.

Gesaan itu disuarakan Lee sewaktu menyampaikan perutusan sempena sambutan Hari Angkatan Tentera negara berkenaan, di tengah-tengah ketegangan baharu antara kedua-dua belah pihak.

“Saya berharap Korea Utara dapat bersama kami dalam usaha memulihkan kepercayaan dan menyambung semula dialog selepas sekian lama terhenti,” katanya.

Kenyataan beliau menyusul tindakan tegas tentera Korea Selatan yang menuntut permohonan maaf rasmi daripada Pyongyang berhubung letupan di DMZ yang mengakibatkan tiga perajuritnya mengalami kecederaan parah. – AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.