Pelaksanaan projek RMK-13 perlu bebas rasuah, salah guna kuasa

Pandangan serta cadangan golongan akademik mengenai pelaksanaan RMK13 dibawa kepada Jemaah Menteri

KUALA LUMPUR, 6 Oktober – Pelaksanaan projek Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) perlu dilaksana dengan tadbir urus yang baik serta bebas rasuah bertujuan menjamin peruntukan digunakan sebaiknya untuk rakyat.

Menteri Komunikasi, Datuk Seri Fahmi Fadzil menegaskan pelaksanaan projek perlu dipastikan bebas dari salah guna kuasa, kleptokrasi serta rasuah.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pelaksanaan projek RMK-13 mesti bebas salah guna kuasa, kleptokrasi dan rasuah.
  • Amalan tadbir urus yang baik perlu diperkukuh untuk memastikan ketelusan dan akauntabiliti.
  • Pandangan akademik dan cadangan INPUMA akan dibawa kepada Jemaah Menteri untuk pertimbangan.
  • Kajian INPUMA melibatkan perbincangan, tinjauan dan analisis sentimen diserahkan kepada kerajaan, terutamanya Kementerian Ekonomi.

“Pelaksanaan projek-projek bawah RMK-13 perlu dipastikan aspek urus tadbirnya yang betul, tidak berlaku apa-apa salah guna dan juga aspek kleptokrasi, rasuah dan sebagainya,”katanya dalam sidang media selepas merasmikan Persidangan Wacana Awam RMK-13 Hala Tuju dan Cabaran.

Persidangan satu hari anjuran Institut Antarabangsa Polisi Awam dan Pengurusan (INPUMA), Universiti Malaya (UM) itu merupakan sebahagian daripada projek mendapatkan pandangan orang ramai mengenai RMK-13.

Kajian melibatkan perbincangan kumpulan fokus, tinjauan 3,092 responden dan analisis sentimen media dengan hasil kajian diserahkan kepada kerajaan, terutamanya Kementerian Ekonomi.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pandangan dan cadangan golongan akademik mengenai pelaksanaan RMK13, bakal dibawa kepada Jemaah Menteri.

“Input, saranan, pandangan, kritikan membangun yang diberi golongan akademik penting untuk diteliti bukan hanya Kementerian Ekonomi malah setiap kementerian,”katanya lagi.

Beliau dalam masa sama, mengalu-alukan usaha INPUMA dengan meminta laporan disediakan bagi dipanjangkan kepada Jemaah Menteri.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.