
SINTOK, 22 April – Warisan seni budaya khususnya tarian tradisional Melayu memerlukan pelapis bagi memastikan ia tidak lapuk ditelan zaman.
- Generasi muda perlu diasuh dan didedahkan dengan asas tarian tradisional Melayu sebagai platform pembelajaran.
- Minat golongan muda terhadap tarian tradisional berkurangan di era kemodenan; usaha berterusan diperlukan untuk mengekalkan relevansi.
- Institusi pengajian tinggi dan fakulti seni budaya berperanan mencungkil serta menggilap bakat baharu.
Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kedah, Sabarina Masdi berkata generasi muda perlu diasuh dan didedahkan dengan pelbagai asas tarian tradisional Melayu.
“Anak-anak muda perlu mengenali asas tarian kerana ia menjadi platform untuk mereka ke hadapan dan seterusnya mempelajari pelbagai jenis tarian lain,” katanya.
Menurutnya, dalam era kemodenan, minat golongan muda terhadap tarian tradisional Melayu semakin berkurangan.
Namun, usaha giat terus dilakukan bagi mengembangkan seni tarian berkenaan agar kekal relevan dalam kalangan generasi baharu.
Beliau berkata institusi pengajian tinggi juga berperanan penting dalam mencungkil dan menggilap bakat baharu menerusi fakulti seni dan budaya.
Sabrina ditemui selepas menyaksikan persembahan tarian tradisional Melayu pada Program Fiesta Tradisi Milenia di Universiti Utara Malaysia (UUM), Sintok.