Audit AFC dedah kelemahan sistemik FAM sejak sedekad lalu

Timbalan Setiausaha Agung AFC, Vahid Kardany (dua dari kiri) semasa Kongres Luar Biasa Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Pertama 2026 di Petaling Jaya, 4 Jun 2026 / foto FB Football Association of Malaysia

PETALING JAYA, 4 Jun – Hasil audit kualiti oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) mendedahkan wujudnya kelemahan sistemik dalam pengurusan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang berlarutan sejak 10 tahun lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • Staf kurang keberanian menyuarakan pandangan, menjejaskan akauntabiliti organisasi.
  • Pengurusan tertinggi perlu memperkasakan kakitangan supaya membuat keputusan profesional dan mengelakkan berulangnya krisis organisasi.
  • Audit menunjukkan kemerosotan drastik ranking FIFA, dari kedudukan terbaik Asia pada 1974 ke tempat ke-154 dunia.
  • Laporan penuh audit diserahkan kepada sekretariat FAM untuk tindakan penambahbaikan di bawah kepimpinan baharu September.

Timbalan Setiausaha Agung AFC, Vahid Kardany berkata, antara punca utama kegagalan tersebut adalah ketiadaan keberanian dalam kalangan staf untuk menyuarakan pandangan sehingga menjejaskan akauntabiliti organisasi.

Menurutnya, pengurusan tertinggi perlu memperkasakan kakitangan untuk membuat keputusan secara profesional bagi memastikan krisis organisasi tidak berulang.

“Krisis berlaku kerana staf tidak bersuara. Pihak pengurusan perlu memberi ruang kepada staf untuk memikul tanggungjawab sepenuhnya terhadap tugas mereka,” jelas beliau pada sidang media selepas Kongres Luar Biasa FAM, di sini hari ini.

Audit tersebut turut menunjukkan kemerosotan ranking FIFA negara dari kedudukan terbaik Asia pada 1974 kepada tangga ke-154 dunia ketika ini.

Laporan lengkap audit telah diserahkan kepada sekretariat FAM untuk tindakan penambahbaikan di bawah kepimpinan baharu yang akan dipilih September depan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.