Bot hampir karam, 240 pendatang Haiti diselamatkan

FOTO REUTERS

LONDON, 5 Jun — Seramai 240 warga Haiti berjaya diselamatkan selepas bot kayu yang dinaiki hampir karam dalam kejadian di selatan Kepulauan Turks dan Caicos, Isnin lalu.

RINGKASAN BERITA AI
  • 191 lelaki, 44 wanita dan lima kanak-kanak diselamatkan kira-kira pukul 1.00 pagi.
  • Salah satu enjin rosak menyebabkan air masuk, penumpang mencedok air dengan peralatan seadanya untuk elakkan bot tenggelam.
  • Tiada kecederaan dilaporkan; semua pendatang kini ditahan untuk dokumentasi dan tindakan lanjut.

Menurut pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) pada Khamis, kesemua mangsa yang terdiri daripada 191 lelaki, 44 wanita dan lima kanak-kanak itu diselamatkan kira-kira pukul 1.00 pagi.

“Salah satu enjin bot berkenaan dilaporkan mengalami kerosakan, menyebabkan air mula memasuki bot secara perlahan-lahan dan memaksa penumpang mencedok keluar air menggunakan peralatan seadanya bagi mengelakkan bot daripada tenggelam,” menurut kenyataan itu.

Pihak berkuasa turut mengesahkan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Kesemua pendatang berkenaan kini berada dalam tahanan pihak berkuasa Kepulauan Turks dan Caicos untuk proses dokumentasi serta tindakan lanjut. -REUTERS

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.