
SEREMBAN, 4 Jun – Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengumumkan bahawa Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan dibubarkan berkuat kuasa pada Jumaat bagi memberi laluan kepada proses Pilihan Raya Negeri itu.
- Perkenan Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz diperoleh selepas pertemuan di Istana Hinggap sekitar pukul 8.30 malam.
- Pengumuman dibuat dalam sidang media khas di kediaman rasmi, menamatkan spekulasi mengenai tarikh pembubaran DUN.
- Watikah pembubaran Dewan Undangan Negeri Ke-15 telah diperkenankan selaras Undang-Undang Tubuh Negeri.
- Notis pembubaran akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya untuk menentukan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.
Beliau berkata, keputusan pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir dalam pertemuan di Istana Hinggap pukul 8.30 malam tadi.
Pengumuman itu dilakukan dalam satu sidang media khas di kediaman rasmi Datuk Seri Aminuddin malam tadi, sekali gus menamatkan spekulasi berhubung tarikh pembubaran DUN di negeri tersebut.
Watikah pembubaran DUN Negeri Sembilan Ke-15 telah diperkenankan berkuat kuasa pada Jumaat selaras Undang-Undang Tubuh Negeri Sembilan.
Notis pembubaran akan dihantar kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi penentuan tarikh penamaan calon dan hari mengundi.