Sebuah MPV terbakar di Bukit Kecil

Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbakar berhampiran premis cuci kenderaan di Bukit Kecil, Kuala Terengganu

KUALA TERENGGANU, 4 Jun – Sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) terbakar kira-kira 30 peratus pada bahagian enjin dalam kejadian berhampiran premis cuci kenderaan di Bukit Kecil di sini malam tadi.

RINGKASAN BERITA AI
  • Pusat Gerakan Operasi JBPM Terengganu menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.31 malam.
  • BBP Kuala Terengganu dikerahkan bersama dua jentera, Sitrak dan Unit EMRS.
  • Anggota memadam menggunakan dua aliran salur bantu dengan sumber air tangki, kebakaran dikawal pada 9.40 malam.
  • Sembilan anggota diketuai PBK I Mohd Zuhan Shafie; operasi tamat pada 10.18 malam tanpa mangsa atau kecederaan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Terengganu, Timbalan Penguasa Bomba II Thoyyibah Taib dalam kenyataan memaklumkan, Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Terengganu menerima panggilan kecemasan pada pukul 9.31 malam.

“Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu bersama dua jentera iaitu Sitrak dan Unit Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS) digerakkan ke lokasi kejadian.

“Jentera tiba pada pukul 9.34 malam dan mendapati kebakaran melibatkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) dengan kemusnahan dianggarkan 30 peratus pada bahagian enjin.

“Anggota bertindak melakukan pemadaman menggunakan dua aliran salur bantu mula dengan sumber air daripada tangki jentera sehingga kebakaran berjaya dikawal pada pukul 9.40 malam,” menurut kenyataan itu.

Seramai sembilan anggota terlibat dalam operasi berkenaan yang diketuai Komander Operasi, PBK I Mohd Zuhan Shafie.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 10.18 malam selepas pasukan bomba memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat. Tiada mangsa atau kecederaan dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.