KPDN Perak rampas 3,200 liter diesel subsidi, sita lori ubah suai di Taiping

Foto KPDN Perak

TAIPING, 5 Jun – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Perak berjaya menumpaskan kegiatan penyelewengan bahan api bersubsidi dengan merampas 3,200 liter diesel serta menyita sebuah lori dianggarkan bernilai keseluruhan lebih RM100,000, pada Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Serbuan Op Tiris 4.0 di stor simpanan tanpa lesen di Kampung Ayer Puteh, Simpang menemui kegiatan penyelewengan bahan api.
  • Ditemukan lori tiga tan diubah suai dengan tangki tambahan anggaran 4,500 liter khusus mengumpul bahan api.
  • Seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun ditahan; pelbagai peralatan disita dan kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961.

Pengarah KPDN Perak, Datuk Kamalludin Ismail berkata, tindakan itu dilakukan hasil serbuan menerusi Op Tiris 4.0 di sebuah stor simpanan tanpa lesen di Kampung Ayer Puteh, Simpang.

Hasil pemeriksaan lanjut di lokasi kejadian menemukan sebuah lori seberat tiga tan yang telah diubah suai dengan pemasangan tangki tambahan berkapasiti kira-kira 4,500 liter yang digunakan khusus bagi tujuan mengumpul bahan api berkenaan.

Dalam serbuan itu, seorang lelaki tempatan berusia 36 tahun yang dipercayai pemilik stor terbabit turut ditahan bagi membantu siasatan selepas gagal mengemukakan sebarang dokumen kebenaran sah berkaitan penyimpanan barang kawalan tersebut.

Selain diesel dan lori, pihak berkuasa turut menyita dua unit tangki kontena pukal pertengahan (IBC), tiga unit pam berserta hos, tong dram, tong jerry can, serta beberapa dokumen berkaitan sebelum kes kesemuanya disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.