Iran tetapkan 7 syarat buka Selat Hormuz

Kapal dagang di Selat Hormuz / Foto AFP

ISTANBUL, 22 Oktober – Iran tidak akan membuka semula Selat Hormuz atau kembali ke meja rundingan sehingga tujuh syarat baharu yang dikemukakan menerusi perantara dipenuhi, lapor Anadolu Ajansi yang memetik Setiausaha Majlis Tertinggi Keselamatan Negara Mohsen Rezaei.

RINGKASAN BERITA AI
  • Iran tegaskan akan menolak diplomasi lama yang hanya bergantung pada niat baik politik, tetapi tidak menolak diplomasi sepenuhnya.
  • Keutamaan Iran adalah penurunan ketegangan, namun konflik berlanjutan akan memperkuat Tehran, walaupun bukan kehendak mereka.
  • Iran memberi amaran ia boleh sasar aset AS di rantau termasuk kabel dan kemudahan kecerdasan buatan sekiranya perang berterusan.

“Kami tidak akan kembali kepada diplomasi lampau, namun kami tidak mengabaikan diplomasi sepenuhnya,” kata Rezaei dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh agensi berita ISNA, sambil menambah bahawa Tehran “tidak lagi berminat dengan perjanjian yang jaminannya hanya bersandarkan niat baik politik semata-mata.”

Beliau berkata keutamaan Iran adalah “penurunan ketegangan”, namun “semakin lama AS memanjangkan peperangan, Iran akan menjadi semakin kuat, walaupun ini bukanlah apa yang dikehendaki oleh Tehran.”

Rezaei turut memberi amaran sekiranya peperangan berlanjutan, Iran akan menggunakan keupayaan baharu untuk menyasar aset AS di rantau berkenaan, termasuk kabel dan kemudahan kecerdasan buatan (AI).

Beliau mengakui bahawa Iran akan terjejas akibat sekatan yang berpanjangan, sambil menyatakan “sesiapa yang mendakwa sebaliknya adalah tidak realistik.”

Iran, katanya, menyasar “lima kapal milik penyeludup pada setiap malam sepanjang dua hingga tiga bulan lepas.”

AS dan Israel melancarkan perang terhadap Iran pada 28 Feb, sekali gus mendorong Tehran bertindak membalas serangan dengan peluru berpandu dan dron di rantau berkenaan serta menutup secara efektif Selat Hormuz, laluan utama bagi bekalan tenaga global.

Satu memorandum persefahaman yang ditandatangani pada Jun bagi membuka jalan kepada perjanjian damai muktamad AS-Iran tergendala di tengah-tengah perselisihan faham berhubung laluan navigasi di selat berkenaan.- BERNAMA

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.