
MANILA, 17 November – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menyatakan kesediaan mengadakan pertemuan dua hala secara berasingan dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) di Shenzhen, China, jika peluang itu tersedia.
RINGKASAN BERITA AI
- Sedia mengadakan pertemuan dua hala berasingan di Sidang Kemuncak APEC di Shenzhen jika peluang tersedia.
- Mengatakan kesediaan itu kepada pemberita di luar mesyuarat pemimpin pakatan keselamatan Quad di Manila.
- Menegaskan akan melakukannya jika pertemuan dapat diatur semasa sidang kemuncak.
Trump berkata, beliau bersedia mengadakan pertemuan berkenaan sekiranya dapat diatur ketika sidang kemuncak itu berlangsung.
“Jika ia tersedia, saya akan lakukannya,” katanya kepada pemberita di luar mesyuarat pemimpin pakatan keselamatan Quad di Manila, hari ini. – AFP