Gempa bumi kuat gegar Tibet, 16 maut

Foto Fail RTM

BEIJING, 23 Oktober – Sekurang-kurangnya 16 orang maut manakala 32 lagi cedera selepas gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 melanda wilayah Tibet, China, pada Khamis malam.

RINGKASAN BERITA AI
  • Lebih 300 rumah dilaporkan runtuh; kerja menyelamat dan penilaian kerosakan masih dijalankan.
  • USGS mengatakan pusat gempa di pergunungan, kira-kira 190 km timur laut Nagqu dan 390 km timur laut Lhasa, pada kedalaman 10 km.
  • Pihak berkuasa mengaktifkan isyarat kecemasan bencana gempa tahap dua bagi kawasan terjejas.
  • Gegaran menyebabkan keretakan dinding pejabat pentadbiran dan gangguan bekalan elektrik serta telekomunikasi turut dilaporkan.

Lebih 300 rumah dilaporkan runtuh dalam kejadian dan kerja-kerja menyelamat dan penilaian kerosakan masih dijalankan.

Menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), pusat gempa terletak di kawasan pergunungan kira-kira 190 kilometer timur laut Nagqu dan 390 kilometer timur laut Lhasa, pada kedalaman 10 kilometer.

Pihak berkuasa mengaktifkan isyarat kecemasan bencana gempa bumi tahap dua bagi kawasan terjejas.

Gempa itu berpusat di perbandaran Maru, daerah Baqen. Timbalan ketua perbandaran, Lhawang Dagpo, berkata gegaran dirasai dengan jelas di pejabat pentadbiran sehingga menyebabkan keretakan pada dinding bangunan.

Gangguan bekalan elektrik dan perkhidmatan telekomunikasi turut dilaporkan di pusat daerah berkenaan.-AFP

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.