Stok sawit melonjak 47 peratus, pemulihan harga terbatas

Foto hiasan

KUALA LUMPUR, 18 November – Harga minyak sawit mentah (MSM) dijangka meningkat kepada RM4,700 satu tan pada 2027 berbanding RM4,500 satu tan tahun ini.

RINGKASAN BERITA AI
  • Stok domestik meningkat 47 peratus kepada 3.62 juta tan, paras tertinggi sepuluh tahun, mengehadkan pemulihan harga.
  • Kenanga Research: peningkatan pengeluaran dan inventori akan mengekalkan tekanan harga sekurang-kurangnya satu hingga dua bulan.
  • Pengeluaran Oktober naik lima peratus tahun ke tahun kepada 2.15 juta tan, menjadikan 10 bulan pertama 2026 sebanyak 16.91 juta tan.
  • Eksport pulih, meningkat 53 peratus bulan ke bulan kepada 1.71 juta tan pada Oktober, disokong harga MSM lebih rendah.

Namun lambakan stok domestik pada paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun akan terus membataskan pemulihan harga.

Menurut Kenanga Research, peningkatan pengeluaran dan inventori minyak sawit Malaysia akan mengekalkan tekanan terhadap harga komoditi itu sekurang-kurangnya dalam tempoh satu hingga dua bulan akan datang.

Katanya, pengeluaran sawit pada Oktober meningkat lima peratus tahun ke tahun kepada 2.15 juta tan, menjadikan jumlah pengeluaran bagi tempoh 10 bulan pertama 2026 sebanyak 16.91 juta tan.

“Jumlah itu meningkat dua peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan tujuh peratus melebihi purata pengeluaran 10 tahun sebanyak 15.77 juta tan,” katanya dalam satu nota kajian.

Firma penyelidikan itu menjangkakan, pengeluaran keseluruhan Malaysia pada 2026 berpotensi mencecah 20.2 juta hingga 20.3 juta tan, menghampiri atau mengatasi rekod 20.28 juta tan yang dicatatkan pada 2025.

Keadaan berpunca daripada peningkatan inventori minyak sawit negara sebanyak 47 peratus kepada 3.62 juta tan berbanding tahun lalu dan merupakan paras tertinggi dalam tempoh sedekad.

Bagaimanapun, eksport menunjukkan pemulihan apabila meningkat 53 peratus bulan ke bulan kepada 1.71 juta tan pada Oktober, disokong harga minyak sawit mentah yang lebih rendah, iaitu RM4,406 satu tan.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.