
ITALI, 23 Oktober – Penunjuk perasaan pro-Palestin berhimpun di tengah bandar Milan pada Sabtu bagi mendesak kerajaan Itali mengambil tindakan lebih tegas berhubung situasi kemanusiaan di Gaza serta menamatkan hubungan dengan Israel.
- Protes itu sebahagian gelombang bantahan di lebih 50 bandar seluruh Itali.
- Peserta desak bantuan kemanusiaan disalurkan ke Gaza dan pengunduran tentera Israel.
- Tuntut tekanan ke atas rantaian bekalan termasuk kemungkinan sekat penghantaran barangan dan senjata ke Israel.
Demonstrasi itu merupakan sebahagian daripada gelombang bantahan yang berlangsung di lebih 50 bandar di seluruh Itali.
Penunjuk perasaan menggesa bantuan kemanusiaan disalurkan ke Gaza selain, pengunduran tentera Israel dari wilayah berkenaan.
“Rakyat Palestin mengajar kita banyak perkara. Mereka ialah guru kita yang menunjukkan apa akan berlaku sekiranya kita tidak bertindak.
“Penentangan rakyat Palestin terhadap penjajahan dan sokongan kita terhadap perjuangan itu amat penting,” kata salah seorang penunjuk perasaan.
Dalam pada itu, seorang lagi penunjuk perasaan menggesa tekanan diberikan terhadap rantaian bekalan yang berkait dengan Israel.
“Ini termasuk kemungkinan menyekat sebarang penghantaran barangan dan senjata ke Israel sekali gus menjejaskan rantaian bekalan ke negara itu.
“Logistik antara elemen penting yang diperlukan Israel dalam peperangan,” katanya.
Perarakan pada Sabtu bermula di Piazza della Repubblica dan berakhir di Piazza San Babila, ketika peserta terus mendesak tindakan lebih tegas bagi menangani krisis kemanusiaan di Gaza.-VIORY