Sultan Selangor lancar buku koleksi titah ucapan

Foto FB Majlis Agama Islam Selangor

SHAH ALAM, 23 Oktober – Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan melancarkan buku Koleksi Terpilih Titah Ucapan Baginda Berkaitan Hal Ehwal Islam Selangor bersempena Sambutan Jubli Perak 25 Tahun Pemerintahan Baginda, di Dewan Syarahan dan Muzakarah Islam, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, pada malam Khamis.

RINGKASAN BERITA AI
  • Buku menghimpun titah ucapan Sultan Selangor terpilih dari 2001 hingga 2026 sebagai dokumentasi perhatian Baginda terhadap hal ehwal Islam.
  • Menjadi sumber rujukan generasi kini dan akan datang khususnya memelihara akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan memartabatkan pendidikan Islam.
  • Memperkasakan institusi masjid serta memperkukuh pengurusan zakat dan wakaf dalam usaha memakmurkan komuniti Islam.
  • Diharapkan meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai peranan Sultan sebagai Ketua Agama Islam Negeri serta memupuk perpaduan dan kesejahteraan ummah.

Buku terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) itu menghimpunkan titah ucapan terpilih Sultan Selangor dari 2001 hingga 2026, sebagai dokumentasi perhatian dan keprihatinan Baginda terhadap hal ehwal Islam sepanjang tempoh pemerintahan.

Penerbitan itu turut menjadi sumber rujukan kepada generasi masa kini dan akan datang, khususnya berkaitan usaha memelihara akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah, memperkasa institusi masjid, memartabatkan pendidikan Islam serta memperkukuh pengurusan zakat dan wakaf.

Koleksi berkenaan juga diharap dapat meningkatkan kefahaman masyarakat mengenai peranan Sultan Selangor sebagai Ketua Agama Islam Negeri, di samping memupuk perpaduan dan kesejahteraan ummah.

Pelancaran buku itu disempurnakan pada majlis Forum Perdana Ehwal Islam bertajuk Raja Berdaulat Memayungi Umat, terbitan MAIS dengan kerjasama beberapa agensi termasuk Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Majlis turut diserikan dengan keberangkatan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin, serta Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah.

Orang ramai boleh mendapatkan buku berkenaan menerusi laman web rasmi MAIS di www.mais.gov.my.

Helo! Tanyakan apa sahaja kepada saya.