
KUALA LUMPUR, 23 Oktober –Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan agar penceramah bebas, Ustaz Wadi Annuar, diberikan kesembuhan selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Gerik, Perak, awal pagi tadi.
- Perdana Menteri mendoakan agar Ustaz Wadi Annuar dikurniakan kesembuhan dan urusan rawatannya dipermudahkan.
- Beliau berdoa agar Allah SWT mempermudah rawatan serta mengurniakan ketabahan dan kekuatan.
- Beliau berharap Ustaz segera pulih dan kembali menyampaikan ilmu serta dakwah kepada masyarakat.
- Ucapan doa dan harapan itu disiarkan menerusi hantaran di Facebook.
Beliau mendoakan agar Ustaz Wadi Annuar dikurniakan kesembuhan serta segala urusan rawatannya dipermudahkan.
“Mendoakan Ustaz Wadi Annuar dikurniakan kesembuhan selepas terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Gerik awal pagi tadi.
“Moga Allah SWT mempermudah segala urusan rawatan serta mengurniakan ketabahan dan kekuatan buat Ustaz dalam menempuh ujian ini,”katanya menerusi satu hantaran di Facebook.
Beliau turut menzahirkan harapan agar Ustaz Wadi Annuar segera pulih dan kembali menyampaikan ilmu serta dakwah kepada masyarakat.