fb fb fb fb fb

Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil disokong operasi BNM

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 18 Mac- Kadar jangka pendek diunjur kekal stabil pada Isnin berikutan operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai daripada sistem kewangan.

Mudah tunai dianggarkan berjumlah RM29.54 bilion dalam sistem konvensional manakala dana Islam berjumlah RM23.32 bilion.

Pada hari ini, bank pusat itu akan melaksanakan dua tender pasaran wang konvensional bernilai RM500 juta masing-masing selama tujuh dan 14 hari serta tender Qard bernilai RM400 juta bagi tempoh tujuh hari.

Bank pusat itu akan turut mengendalikan tender repo berbalik bernilai RM1 bilion, masing-masing selama 31 hari dan 92 hari.

BNM akan mengeluarkan Bil Antara Bank Bank Negara bernilai RM1.50 bilion selama 33 hari bermula 20 Mac ini.

Selain itu, BNM turut mengumumkan ketersediaan repo berbalik, perjanjian jual dan belian semula serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar selama sebulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, bank pusat akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM30.5 bilion dan tender semalaman Murabahah bernilai sehingga RM23.4 bilion.- BERNAMA

 

ZEHRA BINTI ZAMBRI